Showing posts with label Artikel. Show all posts

Seruan

Marilah kita persiapkan diri kita untuk melalui jalan hidup yang panjang, penuh liku-liku dan ranjau.
Marilah kita buka hati kita untuk mengambil 'ibrah dan mengutip mutiara pengajaran untuk menyuluh sepanjang perjalanan yang penuh dengan ujian dan tipu daya.
Marilah kita mempersiapkan bekalan kita, membuat kajian berpandukan kitab Allah swt bukan semata-mata bertujuan untuk memperoleh kefahaman dan analisis ilmiah. Tujuan kita adalah untuk membimbing ruh dan akal untuk memahami makna-makna umum yang diutarakan dalam Kitabullah, sehingga kita mempunyai kaedah untuk memahami Al-Quranul Karim ketika kita membacanya.
marilah kita dengan penuh rasa izzah dan jiddiah membina semula keyakinan ini untuk menjadi obor penyuluh jalan dan sumber tenaga yang menjadi pendorong dalam tindakan. Dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab tatawu' ini kita tidak mampu bergantung kepada kecanggihan perancangan dan ketegasan arahan sahaja TANPA ada hati-hati yang hidup yang telah dipenuhi dengan keyakinan, kreativiti dan terus dibekali dengan sirami ruh iman yang ditimba melalui tadabbur, munajat, tadarru' dan taubatnya didini hari.
Semoga Allah swt menerima amalan kita yang sedikit sebagai pendingin api neraka dan anak kunci pembuka pintu syurga dengan rahmat dan belas kasihanNya. Amin.

dipetik daripada http://www.haluan.org.my/v3/index.php/tiga-prinsip-fikrah.html


Islam adalah satu sistem, satu sistem kehidupan manusia yang dapat dipraktikan di dalam seluruh aspek kehidupan manusia. System ini merangkumi konsep kepercayaan (I’tiqad) yang menjelaskan hakikat kewujudan alam semesta dan menentukan kedudukan sebenar manusia dalam alam ini serta menentukan matlamat penciptaan manusia. Islam juga merangkumi beberapa cabang system dan peraturan hidup yang praktikal yang bersumberkan dari konsep keimanan kepada allah swt. Sistem ini dapat membentuk satu konsep hidup yang praktikal yang tergambar di dalam kehidupan manusia. Di antara system tersebut termasuklah merangkumi sistem moral (termasuk sumber, asas asasnya, sumber kekuatannya), sistem politik ( bentuk dan ciri cirinya), sistem masyarakat, sistem ekonomi (falsafah dan strukturnya) serta sistem diplomasi (dengan jalinan pertaliannya).

Islam Satu Sistem Kehidupan

Masa Depan Di Tangan Islam
"Al-Mustaqbal Li Hadza Ad-Dien"
Oleh Sayyid Qutb
Terjemahan Dr. Syamsudin Manaf

Islam Satu Sistem Kehidupan


Islam adalah satu sistem, satu sistem kehidupan manusia yang dapat dipraktikan di dalam seluruh aspek kehidupan manusia. System ini merangkumi konsep kepercayaan (I'tiqad) yang menjelaskan hakikat kewujudan alam semesta dan menentukan kedudukan sebenar manusia dalam alam ini serta menentukan matlamat penciptaan manusia. Islam juga merangkumi beberapa cabang system dan peraturan hidup yang praktikal yang bersumberkan dari konsep keimanan kepada Allah swt. Sistem ini dapat membentuk satu konsep hidup yang praktikal yang tergambar di dalam kehidupan manusia. Di antara system tersebut termasuklah merangkumi sistem moral (termasuk sumber, asas asasnya, sumber kekuatannya), sistem politik ( bentuk dan ciri cirinya), sistem masyarakat, sistem ekonomi (falsafah dan strukturnya) serta sistem diplomasi (dengan jalinan pertaliannya).

Berdasarkan keyataan di atas, kami pecaya bahawa agama Islam akan berjaya menguasai kembali dunia ini berdasarkan kepada sifatnya yang merangkumi semua aspek keperluan manusia dan alam termasuklah semua aspek yang berkait rapat di antara satu sama lain. Aspek aspek ini dititik beratkan dan disusun sebegitu rupa adalah semata mata untuk mencakupi seluruh bidang kehidupan manusia yang memenuhi setiap keperluan fitrah manusia dan melindungi setiap kegiatannya.

Islam berdasarkan kepada hakikat ini bukanlah sekadar suatu aqidah yang bersifat di dalam hati (kepercayaan dalaman semata mata), yang terpisah daripada kehidupan manusia dan setiap kegiatan luaran. Islam juga bukan sekadar perlakuan ibadah fizikal (seperti solat, puasa, zakat) sebagaimana yang diamalkan oleh setengah tengah pihak yang mempercayainya kemudian dilakukan secara bersendirian mahupun beramai ramai, lalu dikatakan mereka inilah orang orang yang kuat beragama!!. Islam juga bukan sekadar jalan menuju ke akhirat, untuk menikmati syurga Firdaus yang bersifat ukhrawi. Walaubagaimanapun, jalan jalan menuju ke syurga Firdaus yang bersifat duniawi, iaitu jalan yang menuju kenikmatan dunia dianggap bukan jalan beragama dan bukan sistem atau peraturan agama.

Berdasarkan pegertian yang jelas, dan kukuh ini, terbukti bahawa sebarang usaha untuk mengkongsepkan islam hanya satu agama rohani, aqidah yang bersifat dalaman yang terpisah dari kehidupan manusia yang nyata, termasuklah terpisah dari segi bentuk dan perlaksanaanya adalah tidak berhasil

ANATOMI Remaja


Mendidik remaja merupakan satu cabaran besar bagi ibu bapa. Seringkali ibubapa menitiskan air mata kerana gagal dalam mendidik anak-anak remaja mereka.

Saya, walaupun masih belum memiliki anak remaja namun pengalaman-pengalaman dalam mengendalikan program-program atau kem-kem remaja menyedarkan saya akan keunikan mereka.

Mereka (remaja) ini mempunyai dunia mereka sendiri dengan bahasa, nilai dan budaya mereka sendiri. Berinteraksi dengan remaja dengan mengabaikan hakikat ini adalah satu tindakan sia-sia yang akan menatijahkan kegagalan dan kekecewaan.

Oleh itu, kita perlu memahami dunia mereka terlebih dahulu supaya kita benar-benar dapat berinteraksi dengan jiwa mereka. Kita perlu ziarah dan menetap di dunia mereka untuk satu tempoh hingga kita dapat memahami bahasa, nilai dan budaya mereka sebelum kita melakukan sebarang tindakan untuk membetulkan mereka.

Penguasaan kita dalam bahasa mereka akan memudahkan kita memahami dan menghayati nilai dan budaya mereka. Semakin fasih kita berbahasa dengan bahasa mereka, semakin mudah untuk kita bergaul dan diterima sebagai ‘warga’ mereka dan barulah mudah untuk kita memahami nilai dan budaya mereka.

Sebahagian besar ibubapa dan pendidik melakukan kesilapan besar apabila mengandaikan mereka faham jiwa remaja hanya kerana merekapun pernah jadi remaja. Menjadi remaja di era 50an tidak sama dengan menjadi remaja di era 70an apatah lagi di era millinium ini. Menjadi remaja di era millinium sudah terlalu jauh berbeza dengan era=era sebelumnya.

Saidina Umar RA pernah menyebut “Didiklah anak kamu sesuai dengan zaman mereka”. Kalimah pendek ini memberi satu pengertian yang besar dan berharga. Perhatian utama dalam pendidikan bukan sekadar Iman, Akhlaq dan Ibadah semata-mata tetapi juga zaman (waqie’ semasa) di mana anak-anak kita berada.

Di era-era 50an, 60an dan 70an mungkin sebahagian besar remajanya berdepan dengan kemiskinan, kesusahan, survival hidup dan sebagainya. Kebanyakan keluarga tumbuh dan berkembang dalam keadaan serba sukar dan miskin. Tetapi secara fitrahnya, kesukaran dan kemiskinan ini menyatukan hati-hati anggota keluarga,; mereka saling bantu membantu dan ketika itu pula perkembangan masyarakat lebih berbentuk lokaliti atau masih menjadikan budaya setempat sebagai 'frame' dalam mencorakkan pertumbuhan masyarakat. Mungkin ada remaja yang ingin mengambil jalan mudah dan pintas untuk hidup senang dengan melakukan rompakan dan sebagainya tetapi semua ini termasuk dalam ‘minority case’.

Di era Millinium ini cabarannya terlalu berbeza. Ketika berdepan dengan globalisasi (perkongsian maklumat dan budaya) remaja kita membesar tanpa sentuhan kasih sayang. Kemewahan dan kesibukan duniawi hasil dari cara hidup kapitalis menjadikan hati-hati anggota keluarga sering berjauhan. Kalau kemiskinan dan kekurangan mengasah jiwa manusia agar menjadi kental dan tabah….tetapi kemewahan menjadikan jiwa manusia lemah dan manja.

Saya suka mengambil analogi Prof Hamka berkaitan persekitaran dan perkembangan jiwa manusia, katanya “Ikan di sungai lebih baik dan sedap isinya dari ikan di kolam”. Ya, ikan di sungai hidupnya sentiasa menentang arus. Hari-hari yang ditempuhinya adalah perjuangan atau survival diri. Manakala ikan di kolam hari-hari yang dilaluinya adalah hari-hari libur, santai dan kerehatan kerana itu isinya hanyir dan tawar berbanding ikan di sungai. Kesusahan menjadikan pemikiran kita tajam dan jiwa lebih matang.

Ketika kehidupan terlalu menekan manusia akan lebih cenderung pada nilai-nilai asasi kehidupan. Perjuangan mereka ialah untuk kesatuan, kebersamaan dan kepentingan bersama. Sedangkan kesenangan dan kemewahan menyibukkan kita dengan keinginan dan impian yang lebih bersifat peribadi. Ibnu khaldun dalam kitabnya Muqaddimah pernah menyebut “ pemuda-pemuda yang lahir dan membesar dalam suasana yang sukar dan tertekan lebih memikirkan keperluan masyarakat dari keperluan diri sendiri manakala pemuda yang lahir dan membesar dalam suasana kemewahan lebih mengutamakan diri sendiri dari masyarakatnya”.

Zaman kita berada sekarang adalah zaman yang serba mewah dan senang. Kapitalis yang menjadi tapak untuk tumbuhnya institusi keluarga menyebabkan usaha-usaha pembinaan keluarga lebih cenderung kepada merebut kekayaan semaksimum mungkin. Sering kita lihat ibubapa yang terlalu sibuk dengan perniagaan dan pekerjaannya.

Saya tidak menyalahi ibubapa sepenuhnya; memang kita tertekan dengan sistem hidup yang tidak terbina di atas nilai-nilai keimanan kepada Allah dan Hari Akhirat. Sistem Kapitalis sentiasa mengolah perlumbaan hidup di atas dasar kebendaan dan kesenangan duniawi. Yang kaya terus kaya, yang miskin terus miskin. Walaupun miskin dan papa namun perjuangan dengan nafas kapitalis itu harus terus berlangsung hingga menjadikan jiwa manusia rakus dan kasar, hati-hati mula terpecah-pecah. Tidak ada lagi rasa hormat dan simpati. Kesibukan menjadikan kita lupa peranan dan tanggungjawab kita yang hakiki.

Semua kesibukan ini menjadikan kita lalai dan sering meninggalkan anak-anak kita bersendirian. Untuk menebus kesalahan tersebut, kita gantikannya dengan nilai kapitalis iaitu ‘wang’ dan ‘kemewahan’. Apa saja yang diminta, kita akan penuhi atas nama ‘ganti rugi’ kerana kita tidak ada banyak masa untuk mereka. Kita merasakan seolah-olah setiap benda boleh dibeli dengan wang.

Semua ini akan membangunkan satu dunia baru bagi remaja-remaja kita. Dunia mereka adalah kelemahan jiwa, kesunyian, kekosongan jiwa dan kurang perhatian tetapi mewah. Lalu dengan kesunyian, kekosongan jiwa tetapi mewah itulah mereka mengolah dunia baru bagi mereka.

Mereka membangunkan peradaban baru di atas nilai-nilai baru. Mereka mengembangkan komuniti mereka sendiri di samping membina tembok-tembok pemisah antara kita dan dunia mereka. Mereka mendirikan bangunan-bangunan mencakar langit sebagai lambang kemegahan mereka; lalu hari ini kita menyaksikan ‘kejayaan’ demi ‘kejayaan’ yang mereka capai dalam pelbagai bidang; rempit, dadah, pergaulan bebas, zina, buang anak dan sebagainya mula menghiasi dada-dada akhbar. Mereka menceburi bidang-bidang baru untuk mencari diri dan apa yang disebutkan sebagai kasih sayang dan kebahagiaan.

Mungkin kita rasakan tindakan mereka serba silap, salah dan menyeleweng dari jalan yang benar. Kita merasakannya salah kerana kita mengukurnya dengan nilai kita. Tetapi mereka mempunyai nilai mereka sendiri yang terbina dalam diri mereka sebagai kesan dari persekitaran jiwa dimana mereka membesar dan mengenal erti hidup dan kemanusiaan. ‘Nilai’ mereka mengatakan apa yang mereka lakukan itu betul, hebat dan dahsyat.

sedutan daripada kehidupan&keimanan blog
tulisan Cikgu Azmi Bahari
http://my.opera.com/azmibhr/blog/2009/07/24/anatomi-remaja?cid=9775557#comment9775557

Kenapa Pemuda Islam?


Islam, apabila ia menekankan supaya para pemuda melaksanakan matlamatnya yang menginginkan perubahan, bererti bukanlah diserahkan tugas itu kepada mana-mana generasi sahaja yang tidak mempunyai ciri-ciri tertentu, tetapi terlebih dahulu dimestikan atau dituntut supaya generasi itu mempunyai sifat-sifat Islam dan berpegang teguh dengan prinsip-prinsip Islam iaitu berkehendakkan generasi Islam yang tulen.

Para pemuda yang bersifat Islam adalah suatu hal, dan para pemuda tanpa Islam adalah suatu hal yang lain dan tidak ada apa-apa selain dari itu. Para pemuda dengan Islam bererti pemberi, iaitu kebaikan dan pembinaan dan yang tanpa Islam ialah celaka dan bala'.

Pemuda ialah suatu tenaga yang digunakan oleh Islam untuk membangunkan dan memakmurkan alam tetapi orang lain mempergunakan mereka untuk meruntuhkan umat manusia.

Sesungguhnya masyarakat manusia hari ini penuh sesak dengan pemuda-pemuda tetapi pemuda-pemuda ini hanyalah yang kosong, hanyut dan terbiar;

Pemuda yang tiada peribadi,bersikap seperti kera;

Pemuda yang tiada mempunyai akhlak, yang lebih dekat dengan binatang ;

Pemuda yang dijadikan tentera oleh kuasa-kuasa jahat dan zalim, disusun oleh parti-parti kufur dan syaitan;

Pemuda pondan yang tiada kebaikan pada mereka;

Tetapi keberkatan datang bersama pemuda yang tinggi cita-citanya.

Kenapa Perlunya Persiapan Pemuda Islam?

Ada beberapa gambaran yang berbeza di sekitar tugas seorang pemuda Islam dan matlamat dari persiapan mereka itu. Apakah matlamat utama dari persediaan pemuda Islam ini?

Adakah matlamatnya sekadar memelihara dirinya daripada kecundang oleh hawa nafsu dan dorongan-dorongan fitnah, atau setakat supaya dia menunaikan fardhu-fardhu wajib yang ditaklif oleh Allah dan meninggalkan segala larangan Allah? Adakah itu sudah mencukupi?

Atau adakah matlamatnya untuk membekalkan mereka dengan pengetahuan Islam yang cukup yang membolehkan mereka menulis dan bercakap sahaja?

Dan adakah matlamat persiapan seorang pemuda Islam bagi untuk menjalankan amal-amal kebajikan, memberikan makan kepada orang miskin, merawat orang sakit dan bersimpati dengan mereka yang menderita sahaja?

Atau adakah sekadar mempersiapkan pemuda Islam supaya boleh menjalankan dakwah Islamiah sekadar melepaskan batuk di tangga?

Atau menjadikan mereka itu berada dalam suatu suasana organisasi pemuda Islam dan cukup setakat itu tanpa mengira samada dia menjadi da'i atau pembimbing sematamata?

Pada hakikatnya kita tidak bebas untuk memilih matlamat-matlamat yang di gariskan itu, pada masa dunia Islam berada di bawah pemerintahan sistem 'Taghut', dan Islam berada jauh dari memegang teraju pimpinan.

Sebenarnya, matlamat utama persiapan pemuda-pemuda Islam hari ini ialah untuk melaksanakan matlamat tercapainya 'Qawamah' (penguasaan) Islam terhadap masyarakat dan dunia.

Ini memerlukan tugas para pemuda Islam bagi memindahkan pimpinan umat dari tangan jahiliah ke tangan Islam. Dan juga pemikiran, perundangan dan akhlak jahiliah kepada pemikiran, perundangan dan akhlak Islam.

Amal seperti itu dan apa yang diperlukan olehnya, apa yang berhubung dengannya dan apa yang bercabang darinya atau apa yang dituntut olehnya dan juga tujuan terbesar dari persiapan seorang pemuda Islam tadi; perkara-perkara ini hendaklah dianggap penting oleh para pemuda Islam. Ini adalah wajib dari segi syara' dan ianya itu tidak akan gugur dari menjadi tanggungjawab mereka sehinggalah Kalimah Allah lebih tinggi, mengatasi kalimah-kalimah orang kafir.

Tujuan 'manhaj' (method) Islam ialah untuk mengembalikan 'ubudiyah' manusia kepada Allah dalam segala urusan hidup mereka. Dalam bidang akhlak dan urusan hidup, dalam bidang undang-undang dan pemikiran mereka. Ini bererti meruntuhkan asas-asas dan pusat-pusat yang menjadi tempat tegak dan berdirinya masyarakat jahiliah dan tamaddun materialisme.

Di tempatnya pula ditanam asas-asas supaya tertegaknya sistem Islam. Ini bermakna bahwa tugas dan peranan pemuda Islam ialah melakukan "Perubahan" dan bukannya menempel atau memperbaiki, dan inilah yang sewajibnya berlaku.

Tugas ini pada hakikatnya adalah tugas yang berat dan sukar tetapi ianya adalah tugas yang dituntut; dan tugas selain dari ini tidak mempunyai nilai. Malah tugas yang lain ini akan membawa bencana yang akan menangguhkan kemahuan para pemuda kepada perubahan, malah akan membawa kepada perjalanan seiring dengan realiti jahiliah yang ada dan cuba hidup bersamanya.


Ustaz Sheikh Dr. Fathi Yakan.

Disedut daripada Laman Web Rasmi HaluanSISWA

« Older Entries

Penulis

Saya, seorang pemuda yang optimistik dan bersemangat. Sentiasa sensitif dengan persekitaran kehidupan dan mengambil pengajaran terhadap apa yang berlaku. Istiqamah dalam mendidik dan berbakti agar pendidikan yang matang mampu melahirkan pemuda sebagai perubah masyarakat . Menjadikan weblog ini sebagai wadah perkongsian yang sihat dan seterusnya mempertingkatkan kualiti diri dari hari ke hari.




ShoutMix chat widget

Followers