Marilah kita persiapkan diri kita untuk melalui jalan hidup yang panjang, penuh liku-liku dan ranjau.
Marilah kita buka hati kita untuk mengambil 'ibrah dan mengutip mutiara pengajaran untuk menyuluh sepanjang perjalanan yang penuh dengan ujian dan tipu daya.
Marilah kita mempersiapkan bekalan kita, membuat kajian berpandukan kitab Allah swt bukan semata-mata bertujuan untuk memperoleh kefahaman dan analisis ilmiah. Tujuan kita adalah untuk membimbing ruh dan akal untuk memahami makna-makna umum yang diutarakan dalam Kitabullah, sehingga kita mempunyai kaedah untuk memahami Al-Quranul Karim ketika kita membacanya.
marilah kita dengan penuh rasa izzah dan jiddiah membina semula keyakinan ini untuk menjadi obor penyuluh jalan dan sumber tenaga yang menjadi pendorong dalam tindakan. Dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab tatawu' ini kita tidak mampu bergantung kepada kecanggihan perancangan dan ketegasan arahan sahaja TANPA ada hati-hati yang hidup yang telah dipenuhi dengan keyakinan, kreativiti dan terus dibekali dengan sirami ruh iman yang ditimba melalui tadabbur, munajat, tadarru' dan taubatnya didini hari.
Semoga Allah swt menerima amalan kita yang sedikit sebagai pendingin api neraka dan anak kunci pembuka pintu syurga dengan rahmat dan belas kasihanNya. Amin.

dipetik daripada http://www.haluan.org.my/v3/index.php/tiga-prinsip-fikrah.html