Showing posts with label isu. Show all posts

KONSERT "LIFELINE 4 GAZA" | Break The Siege



PERUBAHAN TERKINI !! Konsert di ubah ke DEWAN SERBAGUNA MASJID WILAYAH PERSEKUTUAN, JALAN DUTA |
Pihak penganjur terpaksa mengubah lokasi konsert ke dewan yang lebih besar kerana sambutan yang amat-amat menggalakan dari pelbagai peringkat umur.

Dapatkan tiket melalui wakil-wakil kami di lokasi anda. 2000 tiket sahaja disediakan.
DAPATKAN SEGERA!
DAPATKAN TIKET DARI WAKIL-WAKIL JUALAN DI LOKASI ANDA BERMULA 21 MAC

TARIKH:

26 Mac 2010

LOKASI:
Auditorium MBSA pindah ke DEWAN SERBAGUNA MASJID WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR, JALAN DUTA
(Pihak urusetia terpaksa mencari dewan yang lebih besar kerana permintaan yang amat tinggi)

MASA:
7.00mlm hingga 11.30mlm

SPEACIAL APPEARANCE:
Shoutul Harokah
MUADZ

INTRODUCING:
Kumpulan Daie

HARGA TIKET:
Dewasa & Kanak-Kanak - RM10.00
VIP - RM30.00
(Tiket hanya untuk Derma kepada Palestin)
ANJURAN:


TENTATIF
7.30PM : Solat Maghrib Berjemaah di Masjid Wilayah & Solat Hajat
8.30PM : Solat Isya Berjemaah di Masjid Wilayah
9.00PM : Konsert Nasyid
11.45PM : Tamat

JUALAN TIKET
Hanya 2000 tiket sahaja disediakan.
Dapatkan tiket SEGERA melalui wakil kami di mengikut lokasi berikut

Shah Alam@Klang@UiTM Shah Alam
  • Adam Kadir | 013 404 4787
  • M.Zakiran | 019 939 0304
Petaling Jaya@UM
  • Anaqi Ahmad Salleh | 013 590 0750
  • Nu’man | 013 434 0685

Subang
  • Mus’ab | 012 954 7861

Kuala Lumpur@UTM KL
  • Fauzan | 019 566 0576
  • Abu Dzar | 013 356 8932

Gombak@UiAM
  • Syed Zulfaqar | 013 384 5475
  • Muhammad Siddiqi | 013 296 8637

Kajang@Bangi@Sepang@UKM@UPM
  • Zamri | 013 779 5217
  • Abu Ubaidah | 013 628 4940

Negeri Sembilan
  • Hudzaifah | 019 987 4594
  • Hussein ’Azeemi | 019 610 6916

Melaka
  • Khalid Al-Walid | 019 734 1984
Kaunter Promosi Bergerak
21 Mac 2010

SHAH ALAM
9.00pagi | Pasar Ahad Berhampiran Stadium Melawati
11.00pagi | Plaza Alam Centre

KL CENTRE
2.00petang

KLCC
4.30petang

Kaunter Tiket di pintu masuk Dewan Serbaguna Masjid Wilayah Persekutuan
26 Mac 2010

Sebarkan kepada rakan-rakan. Semua dijemput hadir!

#Tiket VIP adalah terbuka kepada sesiapa yang ingin tempat di hadapan pentas tanpa kerusi
#Dewan adalah tanpa kerusi dan tiket adalah hanya utk masuk ke dewan sahaja sebagai sumbangan kepada Palestin

#Lelaki & Perempuan diasingkan
#Mohon share aktiviti ini di wall saudara/i. Copy link event ini kemudian post di mana-mana group atau page
#Bahan sebaran seperti poster, banner & flyer boleh minta pada urusetia di email lifeline4gazahs@gmail.com

Hubungi Kami:

Urusetia KONSERT "LIFELINE 4 GAZA"
lifeline4gazahs@gmail.com
http://www.lifeline4gaza.org/
Sdr Khalid Al-Walid: 0197341984
Sdr Muhammad Zakiran Mahmud: 0199390304
Sdr Anaqi Ahmad Salleh: 0135900750

About Us

Lifeline 4 Gaza, or Talian Hayat Untuk Gaza as we read it in Bahasa Malaysia, is a collaborative effort between Malaysian NGOs to join an international campaign to break years of Israel siege on Gaza. We are working along with Free Gaza Movement who is based in Cyprus, IHH in Turkey, MERC and Kispa Indonesia, and other NGOs from USA, Greece, France, Germany, Italy, Venezuella and many more.The fortilla is expected to depart Istanbul on 15th May 2010, comprising 20 ships and cargo boats to be laden with building supplies, generators, medical equipment and educational materials. They will sail through the Mediterranean Sea, carrying members of Parliament from countries around the world as well as high-profile journalists and human rights activists. Lets break the siege now, before it’s too late! For the Malaysian charter, the efforts are being carried out by collaborations of, among others, the following NGOs:
  • HALUAN Palestin
  • Palestine Centre for Excellence (PACE)
  • Jamaah Islah Malaysia (JIM)
  • Aqsa Syarif
  • Pertubuhan Mawaddah Malaysia
  • Viva Palestina Malaysia
  • Majlis Perundingan Pertubuhan-pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM)

http://www.lifeline4gaza.org/
http://www.bernama.com/bernama/v5/newsindex.php?id=476370
http://www.ihh.org.tr/13572/en/
http://www.worldbulletin.net/news_detail.php?id=54249
http://www.worldbulletin.net/news_detail.php?id=54249

Sahabatku.. Merenung dari Jauh

Kereta remuk dipandu oleh Afdholul Rahman bersama Suhaib Syafiee

"Salam sedikit berita kemalangan AFDHOLUL RAHMAN dan SUHAIB SYAFIEE akibat terlanggar pokok. Eyeball kiri suhaib telah pecah semasa kemalangan dan tidak akan dapat berfungsi lg selamanya.Dr Noram akan cuba membentuk semula mata kirinya itu(tetapi tetap x berfungsi). Jika x dpt dibentuk,mata itu terpaksa dikeluarkan.
minta semua doakan terutamanya agar mangsa tabah selepas ini,insya Allah" Saiful Rahman facebook

"moga Allah kurniakan ketabahan kepada mereka. Setiap yg terjadi semuanya ketentuan Allah. Tidak akan gugur walau sehelai daun kecuali dlm pengetahuan Allah. Qada' dan qadar Allah utk menguji keimanan makhluknya. Insyallah kita doakan moga Allah beri keselamatan kepada mereka.Amin ya rabbal aalamin." Pak cik Nasir Sabaruddin

"tabahkan la hati mu wahai shabat,, sgguhnya stiap kjadian adlh khndak Illahi.. Redha stiap pe yg trjadi,,teruskan dgn kkuatan iman mu.. InsyaAllah. Qada' dan qadar Allah utk menguji keimanan hambaNya..dn mreka dlm golongan org yg beriman.. inilah Ujian yg prlu d tmpuh.. Insyallah kita doakan moga Allah beri keselamatan dn kesihatan kepada mereka.Amin.... " Abdullah Zahir

"ana dah lawat suhaib tadi.. muka dy mcm jadi gemuk. mungkin desebabkan semua isi tertolak kebelakang n lebam kot. tadi pn dy masih x sedarkan diri. darah pn masih kuar kat mata sebelah kiri n ada biuh. suhaib makan melalui leher.. ada lubang.. doakan beliau cepat sembuh.. amin " Pengiran Muhammad Badi'uzzaman, Monday, 6:07pm

"mga Allah kuatkn mrka ..b'untungny kta t'pilih melalui pross trbyah..sgl yg blaku kita serhkn kmbli sgl urusn pd Allah.sgl yg ada pd tbuh bdn kita,sumany hak Allah.gnaknlh sebaikny. MOHON DOA KALIAN..." Syuib Alrumy Tuesday, 12:58pm

"Allah menguji hambaNYA krn Allah syg akn hambaNYA..juga utk menilai tahap keimanan hambaNYA.." Hakim Kamsani

"Cuma apa yang ingin saya nyatakan disini marilah sama-sama kita doakan untuk Suhaib. Doakan agar Allah SWT memberi kekuatan, kesabaran, ketabahan dan kepasrahan kepadanya dan juga kepada keluarganya. Musibah yang melanda ini adalah satu bentuk ujian ALLAH SWT bukan sahaja kepada Suhaib dan keluarganya tetapi ia juga adalah untuk kita yang mengenali, yang mempunyai pertalian aqidah dan persahabatan dengannya." Abg Ali Irfan


kenangan bersama Suhaib di kem pewaris khas.
Dari kanan, penulis,Ahmad Faiz bin Ahmad Syukri, Muhammad Hilal Asyraf b. Abd Razak, Muhammad Suhaib bin Mohd Shapiee, Muhammad Thaqif B Abd Latif

Buat Afdholul Rahman, pemuda berjiwa singa.. segala galanya adalah susunan Allah. Bersabarlah dengan apa yang berlaku. Sesungguhnya kita dilatih dan kita faham kata kata rasullullah “Barangsiapa yang Allah mahukan dirinya beroleh kebaikan, nescaya diujinya dengan kesusahan”. Allah inginkan kebaikan utk anta. bersabar dan bertawakallah. tiada kebaikan yang dapat menandingi kebaikan daripada Allah.

"Afdholul yang kini masih trauma dan tertekan sangat-sangat perlukan dorongan dan moral support daripada kita, teman-teman dan sahabat-sahabatnya. Telefon, mesej dan bertanya la khabar kepadanya. Semoga Allah SWT redha akan usaha kalian." Bro Hamzah

Doakan mereka...



PENGORBANAN YANG TAK TERBALAS

Kehadiran kita di dunia ini tidak berlaku begitu saja tetapi melalui suatu pengorbanan yang tidak mungkin terbalas.

Mungkin kita tidak akan merasai besar dan bernilainya pengorbanan ini hinggalah

Orang yang telah banyak berkorban untuk kita itu telah tiada lagi bersama kita…
itulah hakikat insan yang serba lemah ……..
“suka menghitung nikmat yang telah hilang”.

Sebagaimana apabila kita bangun di suatu pagi dan mata kita tidak lagi dapat melihat keindahan pagi,
ketika itu barulah kita mengerti betapa tak ternilainya nikmat melihat hinggakan kalau kita memiliki harta yang banyak sekalipun kita sanggup gadaikan segala yang kita ada untuk menebusnya.

Pengorbanan ibubapa kita terlalu besar untuk dilupakan begitu sahaja.

Hajat-Hajat mereka begitu banyak dan tinggi tetapi semuanya untuk kepentingan kita bukan kepentingan mereka sendiri

Ibu kita telah menanggung kesengsaraan di atas kesengsaraan untuk melahirkan kita kedunia. Selama 9 bulan yang perit dan menyiksakan telah dilauinya dengan penuh sabar. Detik-Detik kelahiran yang begitu menyakitkan dan penuh penderitaan segera dilupakan apabila dilihatnya kita lahir dengan baik dan sempurna.



Inilah harga yang perlu mereka bayar untuk kita lahir dan mengenal erti kehidupan.

Pengorbanan mereka tidak terhenti disitu sahaja…saat untuk membesarkan kita menuntut kesabaran dan ketabahan yang tinggi

Kita mungkin tidak menyedari semua ini kerana mereka masih bersama kita….. Inilah sifat manusia yang selalu menghitung nikmat yang telah hilang….. Hanya manusia buta yang menghargai nikmat melihat dan hanya anak yatim yang merasai nikmat beribu bapa.

Pengorbanan yang tak ternilai ini mungkin akan kita sedari apabila mereka meninggalkan kita.. Ketika itu kita akan mengingati setiap detik kita bersama mereka..kita akan terasa bahang pelukan mesra mereka..kita akan terigaukan pujukan dan senyuman kasih sayang mereka

Tetapi…. Semua itu tidak akan berguna lagi.

Cuba kita renungkan …sekarang ini ketika mereka masih lagi bersama-sama kita…

Bagaimana kita telah membalas jasa mereka …..
Bagaimanakah layanan kita kepada mereka setelah begitu besar pengorbanan yang telah mereka bayar untuk membesarkan kita dengan baik….
Bagaimana kita membalas panggilan dan pujukan mesra mereka disepanjang malam ketika kita demam diwaktu kita masih kecil…

Bilakah masanya untuk kita membalas budi dan pengorbanan mereka….
Bilakah pelukan mesra mereka akan terbayar…..
Bilakah kasih sayang yang tak pernah berbelah bahagi yang mereka curahkan selama ini akan terbalas….
Bilakah harapan-harapan mereka akan menjadi nyata…
Bilakah saat itu akan tiba..
Adakah ketika mereka sudah tidak mampu menarik dan melepaskan nafasnya untuk mereka terus hidup dalam kekecewaan..
Adakah ketika tubuh tua dan kehampaan itu terbujur kaku di atas katil usang di rumah yang terbiar yang sudah sekian lama kita tidak kunjungi..
Adakah ketika tubuh mereka yang kurus dan tidak bernyawa itu dimandikan..
Atau adakah ketika jasad yang dahagakan kasih sayang itu dikuburkan bersama harapan yang tak terkabul..
Adakah ketika mata mereka yang selalu mengalirkan airmata kekecewaan itu sudah tidak lagi dapat melihat dunia yang kosong ini….
Bilakah akan tiba masa yang sekian lama mereka tunggukan itu

Kenapa kita begitu angkuh sedang kita pun akan membesar dan semakin tua….
Kita akan memiliki anak kita sendiri seperti mereka….
Dan kita pun akan mula mengerti dan faham pengorbanan dan erti kasih sayang yang pernah mereka curahkan kepada kita……
Kita pun akan memiliki anak dan anak kita juga akan mengecewakan kita sepertimana kita pernah mengecewakan mereka..hingga kita benar-benar memahami hati mereka ketika mereka kekecewaan


sedutan daripada slide PENGORBANAN YANG TAK TERBALAS
Perkhemahan tingkatan 2 2006

Try to couple, Bukan berdua but bertiga

Isu Syaikh Mohamed Sayyed Tantawi Dan Purdah


"Syeikh Tantawi haramkan purdah ke Universiti al-Azhar"??? utusan Malaysia ( 07/10/2009)



Sekali lagi hati ini terguris bilamana para ulama dipermainkan.Inilah bahananya jika pekerjaan yang dilakukan langsung tidak berpaksikan iman dan adab.Sikap pembaca pula terlalu cepat menghukum dan memberikan komentar. Saya mendengar khabar daripada beberapa sahabat, sudah ada yang menggunakan laman facebook untuk mengecam dan mengutuk Syaikhul Akbar Dr Sayyid Muhammad Tantawi hafizahullah.Seringkali kita memberikan nasihat dan pesanan kepada akhbar Tanah Melayu yang sering bersekongkol dengan akhbar dunia yang lain agar melakukan penelitian sebaiknya kepada setiap pernyataan yang dikeluarkan.

Berkali-kali kita sebutkan , selepas ini jika berita dan akhbar Melayu mengeluarkan sesuatu pernyataan kontroversi tentang pendapat para ulama maka perkara pertama yang perlu dipasakkan di dalam minda sidang pembaca ialah “ BOLEH DIBACA NAMUN PERCAYA JANGAN”. Kamu tak takutkah dengan hukum Allah taala kerana sering mempermain-mainkan para ulama.

Ingatlah, daging ulama itu beracun. Jangan bermain-main dengan maruah seorang ulama.

Pendapat yang dikeluarkan oleh Syaikhul al-Akbar Dr Sayyid Muhammad Tantawi hafizahullah jelas bertentangan dengan apa yang dikeluarkan oleh akhbar Malaysia.Lain yang diucapkan oleh Syeikh, lain pula yang mereka masukkan ke dalam akhbar milik mereka.Kalau ya pun inginkan akhbar picisan milik kamu terjual laku di pasaran, usahlah lakukan fitnah kepada para ulama sehingga sedemikian rupa.

Apa yang diterangkan oleh IslamOnline dapat menjelaskan segala kekusutan yang berlaku. Saya diminta berkali-kali oleh sahabat-sahabat untuk membahaskan isu ini. Sikap saya yang pertama, tidak mahu terlalu cepat meletakkan hukum kepada ulama yang kita kenali sangat wara’ di dalam mengeluarkan sesuatu hukum.

Secara jelasnya , Syaikhul Akbar tidaklah melarang @ mengharamkan ( seperti bahasa yang digunakan oleh Akhbar Malaysia) pemakaian niqab secara mutlak. Malah larangan ini hanyalah kepada sekolah dan pusat pengajian yang di dalamnya hanya terdapat wanita sahaja. Ini bermakna, jika terdapat lelaki di dalam kawasan tersebut, maka dibenarkan untuk memakai niqab bagi wanita. Apa yang kita kesalkan, akhbar Malaysia jelas menyebarkan berita yang bertentangan dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Syaikhul Akbar.

IslamOnline juga menerangkan bahawa, Syaikhul Akbar bukanlah menentang pemakaian Niqab kepada wanita. Malah beliau amat-amat menghormati pandangan wanita yang ingin mengekalkan pemakaian niqab.Namun, apa yang beliau tentang ialah kesalahfahaman yang berlaku dan meletakkan sesuatu bukan pada tempatnya.Bahasa mudahnya, mengamalkan agama bukan pada tempat yang sepatutnya. Jika sesebuah institusi tersebut ahlinya terdiri daripada golongan wanita semata-mata, apa faedahnya mereka memakai niqab?? Ini yang ingin Syaikhul Akbar terangkan dan bawa kepada masyarakat. Bukannya seperti yang disebarkan oleh akhbar-akhbar picisan yang seolah-olah mengatakan bahawa niqab ingin diharamkan seratus-peratus kepada golongan wanita muslimah.

Manakala isu tohmahan terhadap Syaikhul Akbar yang mengatakan bahawa beliau menghina pelajar wanita tersebut dengan mengatakan bahawa “ Aku lebih mengetahui tentang agama daripada kamu dan orang-orang yang mendidik kamu” jelas merupakan fitnah terhadap Syaikhul Azhar. Perkataan ini langsung tidak diucapkan oleh Syaikhul Akbar. Ini jelas putar belit yang dilakukan oleh akhbar yang memang terkenal suka mencari publisiti murahan dengan melakukan penghinaan terhadap para ulama.

Penjelasan lanjut boleh dilihat di IslamOnline.

Inilah senario masyarakat sekarang, ulama terlalu dipandang rendah dan hina. Malah dianggap tiada langsung kedudukan disisi mereka. Saya tidak mahu membahaskan isu sama ada niqab ini benar-benar merupakan tuntutan agama atau sekadar adat seperti yang disebutkan oleh Syaikhul Akbar.Ini merupakan permasalahan khilaf dikalangan para ulama.Khilaf di dalam permasalahan ini bukanlah merupakan perkara usul yang boleh membawa kepada kekufuran. Malah ianya cuma khilaf di dalam permasalahan cabang agama. Terlalu dangkal golongan yang ingin melakukan tohmahan kepada Syaikhul Akbar Dr Sayyid Muhammad Tantawi hafizahullah hanya kerana beliau mengatakan bahawa niqab ini hanyalah merupakan adat.

Orang zaman sekarang lebih suka percayakan akhbar yang ditulis oleh wartawan yang tidak diketahui peribadinya berbanding mempercayai ulama muktabar.

Saya sangat tertarik dengan penjelasan yang diberikan oleh Fadhilatus Syaikhuna Habib Ali al-Jufri hafizahullah bilamana ditanya pandangan beliau berkenaan pendapat Syaikhul Akbar tentang “ Harus Memberikan Infaq Kepada Pembinaan Gereja”. Kata Syaikhuna Habib Ali al-Jufri hafizahullah(secara ringkasnya) :

“ Sepanjang pengetahuan saya perkara ini merupakan sepakat daripada para ulama mengatakan bahawa tidak dibenarkan untuk kita memberikan bantuan terhadap pembinaan gereja.Cuma ianya dibenarkan untuk pihak kerajaan memberikan bantuan jika keadaan memerlukan seperti yang berlaku di Gaza setelah peperangan antara Yahudi laknatullah dan tentera Islam.Kerajaan Hamas ketika itu memberikan bantuan kewangan untuk pembinaan gereja yang runtuh akibat peperangan tersebut. Secara jelasnya, saya menyebutkan perkara ini dengan ilmu saya yang sedikit berbanding Syaikhuna al-Akbar Dr Sayyid Muhammad Tantawi hafizahullah.Mungkin Fadhilatul al-Imam al-Akbar pernah terjumpa pendapat ulama yang mengatakan bahawa dibenarkan untuk memberikan bantuan kepada pembinaan gereja.Manakala saya dengan sedikitnya ilmu pengetahuan yang ada pada saya maka tidak dapat saya memberikan pendapat sepertimana yang diberikan oleh al-Imam al-Akbar Dr Sayyid Muhammad Tantawi hafizahullah.”

Nah, inilah sikap sebenar seorang ulama dan sikap seorang pendengar yang tidak cepat menghukum.Malah meletakkan adab yang terlalu tinggi terhadap para ulama.

Moga kita semua dapat mengambil sifat terpuji yang ditunjukkan oleh para ulama kita di dalam memberikan pendapat dan berbeza pendapat.


Saya juga ada menulis tentang hukum memakai niqab pada keluaran yang lalu. Sila lihat :

Perbahasan Niqab dan Hukum Pemakaiannya

Wartawan-wartawan akhbar perlu menilai perkara ini dengan teliti.Muslim yang baik bukanlah yang terjatuh ke dalam lubang sebanyak dua kali walau telah diperingatkan berkali-kali.

**********

Ya Allah, Aku bersaksi kepadaMu, jikalau aku tidak mampu menjadi seorang ulama, maka cukuplah diriku menjadi khadam kepada para ulama, membela mereka daripada ditohmah walau diri ini tergadai.. Moga mereka akan memberikan syafaat kepadaku kelak dengan Rahmat dan InayahMu Ya Rabbal A'lamin...

tulisan
Mohd Nazrul Abd Nasir,
Rumah Kedah Hayyu 10,
Keherah Mesir

artikel asal dan perbahasannya boleh rujuk Dari Anjung Al Atrak

« Older Entries

Penulis

Saya, seorang pemuda yang optimistik dan bersemangat. Sentiasa sensitif dengan persekitaran kehidupan dan mengambil pengajaran terhadap apa yang berlaku. Istiqamah dalam mendidik dan berbakti agar pendidikan yang matang mampu melahirkan pemuda sebagai perubah masyarakat . Menjadikan weblog ini sebagai wadah perkongsian yang sihat dan seterusnya mempertingkatkan kualiti diri dari hari ke hari.




ShoutMix chat widget

Followers