Masa Depan Di Tangan Islam
"Al-Mustaqbal Li Hadza Ad-Dien"
Oleh Sayyid Qutb
Terjemahan Dr. Syamsudin Manaf
Islam Satu Sistem Kehidupan
Islam adalah satu sistem, satu sistem kehidupan manusia yang dapat dipraktikan di dalam seluruh aspek kehidupan manusia. System ini merangkumi konsep kepercayaan (I'tiqad) yang menjelaskan hakikat kewujudan alam semesta dan menentukan kedudukan sebenar manusia dalam alam ini serta menentukan matlamat penciptaan manusia. Islam juga merangkumi beberapa cabang system dan peraturan hidup yang praktikal yang bersumberkan dari konsep keimanan kepada Allah swt. Sistem ini dapat membentuk satu konsep hidup yang praktikal yang tergambar di dalam kehidupan manusia. Di antara system tersebut termasuklah merangkumi sistem moral (termasuk sumber, asas asasnya, sumber kekuatannya), sistem politik ( bentuk dan ciri cirinya), sistem masyarakat, sistem ekonomi (falsafah dan strukturnya) serta sistem diplomasi (dengan jalinan pertaliannya).
Berdasarkan keyataan di atas, kami pecaya bahawa agama Islam akan berjaya menguasai kembali dunia ini berdasarkan kepada sifatnya yang merangkumi semua aspek keperluan manusia dan alam termasuklah semua aspek yang berkait rapat di antara satu sama lain. Aspek aspek ini dititik beratkan dan disusun sebegitu rupa adalah semata mata untuk mencakupi seluruh bidang kehidupan manusia yang memenuhi setiap keperluan fitrah manusia dan melindungi setiap kegiatannya.
Islam berdasarkan kepada hakikat ini bukanlah sekadar suatu aqidah yang bersifat di dalam hati (kepercayaan dalaman semata mata), yang terpisah daripada kehidupan manusia dan setiap kegiatan luaran. Islam juga bukan sekadar perlakuan ibadah fizikal (seperti solat, puasa, zakat) sebagaimana yang diamalkan oleh setengah tengah pihak yang mempercayainya kemudian dilakukan secara bersendirian mahupun beramai ramai, lalu dikatakan mereka inilah orang orang yang kuat beragama!!. Islam juga bukan sekadar jalan menuju ke akhirat, untuk menikmati syurga Firdaus yang bersifat ukhrawi. Walaubagaimanapun, jalan jalan menuju ke syurga Firdaus yang bersifat duniawi, iaitu jalan yang menuju kenikmatan dunia dianggap bukan jalan beragama dan bukan sistem atau peraturan agama.
Berdasarkan pegertian yang jelas, dan kukuh ini, terbukti bahawa sebarang usaha untuk mengkongsepkan islam hanya satu agama rohani, aqidah yang bersifat dalaman yang terpisah dari kehidupan manusia yang nyata, termasuklah terpisah dari segi bentuk dan perlaksanaanya adalah tidak berhasil