Teriakan bertalu talu. Tangisan teresak esak daripada seorang wanita usia muda... Disusuli dengan tengkingan suara pemuda menyesali kehidupannya.. semuanya menuntut dengan satu permintaan yang sama. "Dimanakah kebahagiaan dan kesenangan itu? Dimanakah ketengan jiwa dan ketetapan hati itu?"

Diri ini terbawa oleh kesedihan dan penyesalan. Tidur tidak nyeyak, mandi tidak basah, makan tidak kenyang lantaran banyaknya dosa yang membaluti hati hati ini..

diri ini dikelilingi oleh nafsu syahwat yang membara,, movie movie yang membangkitkan ransangan seks pada diri ini.. pelbagai gambaran dan imiginasi menghantui pemikiranku... sementara, jauh di sana , tersisa di dalam hatiku memanggil manggil kalian.. TOLONGLAH KAMI!!!

Wahai diriku, kita hidup dizaman yang penuh dengan unformasi yang bermacam macam ragam. perlbagai maklumat dan info kita mampu raih hanya dengan hanya mengerakkan jari jemari di atas papan kekunci lappy. Dunia pula menyambut kita, menghidangkan kita dengan pelbagai hidangan yang lazat sehingga kita tergelam, mabuk didalam keindahan dan kelazatan yang sementara cuma. Kemudian, ia menjauhkan kita daripada kebahagian hakiki dan mendekatkan kita dengan kesengsaraan dan keseksaan..

di tengah tengah lautan ganas, ditambah pula dengan ombak yang menggulung tinggi, kadang kala engkau merasi takutnya pada fitnah dan dugaan sebegini. engkau bimbang akan syubhat dan nafsu syahwat hawa nafsu.. tidakkah engkau masih mengingati pesanan rasullullah saw

"Sesungguhnya dihadapan kalian, terdapat terlalu banyak fitnah bagaikan sebuah malam yang gelap gelita, dia adalah seorang mukmin di pagi hari dan menjadi kafir di petang hari, menjadi mukmin di waktu petang dan menjadi kafir di pagi hari" [H.R. Abu Daud]

Wahai diriku, kerana keinginan yang tinggi, kemahuan yang meluap luap terhadap syurga yang seluas langit dan bumi.. Kerana perasaan takut yang menghantuimu daripada tergelincir didalam lembah kehancuran, Maka, datanglah wahai diriku, tenguklah air sungai yang jernih, segar dan yang memancarkan cahaya dari Firman tuhanMu, dan sabda RasulNya. Yakinlah wahai diriku, ia akan menghilangkan kebengisan, menghapuskan jiwa yang keluh resah, melepaskan cengkaman syaitan dan merobek tirai yang dipercantikan oleh maksiat. Rahmat Allah akan menggapaimu dari terjatuh ke dalam salah satu lubang kehancuran dan kebinasaan

Wahai diriku, ketahuilah bahawa bahaya terbesar yang mengancammu adalah pengaruh hawa nafsu seks dan pintu pintu syahwat yang tidak henti henti merentap jiwa remajamu. Berhati hatilah terhadap langkah mula, titik permulaan yang engkau menganggap remeh temeh, tetapi ketahuilah bahawa ia bisa mengelincirkanmu kedalam perbuatan zina yang diharamkan itu.

Wahai diriku, aku menyakini, engkau masih mengingati kata kata Iman Ahmad RA. "Saya tidak tahu adanya dosa yang lebih besar daripada membunuh diri kecuali perbuatan zina" Sesungguhnya, Allah telah mengharamkan perbuatan zina kerana kejinya perbuatan ini dan hinanya segala jenis bentuk yang mendekati zina. Allah telah melarang kita mendekati mukadimah mukadimah dan faktor zina kerana itu dalah langkah awal sebelum engaku terjatuh kedalamnya. Aku menyakini wahai diriku, engkau lebih memahami apa itu mukaddimah zina, faktor yang menjerumus kedalam zina. cuma aku ingin mengingatkanmu tentang firman Allah swt "Dab Janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu adakah suatu perbuatan yang keji. dan suatu jalan yang buruk." [Al Isra', 32]

Wahai diriku, engaku selalu beralasan demi membelai hawa nafsumu. engkau memujukku di atas tiket memahamu realiti ummat, engkau memujukku belajar bagaimana untuk bercinta di alaf baru ini, engkau selalu mengancamku dengan ancaman ketinggalan zaman, kuno dan katak dibawah tempurung lantaran keenggananku mengikuti kata katamu untuk mendekati dan menikmati kelazatan dunia yang sementara. engkau memujukku dengan pujukan yang cukup halus. "Gunakanlah masa yang lapang ini untuk me'release'kan tension. Final exam sudah tamat. Latihan ketenteraan belum bermula. Kelas sudah tiada." Engkau memujukku dengan senarai movie yang melalaikan sedangkan engaku tahu kandungan movie itu terlalu banyak scene yang boleh membangkitkan nafsu sahwatmu. tidakkah engkau tahu, aku terlalu terseksa untuk menetangmu. tarikanmu cukup kuat sehingga aku hampir selesa berada didalam pelukan, pujukanmu.

Namun, disaat engkau menarikku kedalam kancah kehinaan dan zina. aku masih mempunyai sahabt dan teman yang sentiasa menyanyagiku. sentiasa menuntun kearah mencari keredaan dan kebahagiaan yang hakiki. terima kasih teman dengan kata katamu "Mencari sebab untuk terus kuat"