Bismillah Walhamdulillah Was Salaatu Was Salaam 'ala Rasulillah.
 
1. Tabiat Marhalah Ini:
 
Sesungguhnya kita sedang berada di dalam peringkat meneguhkan dasar (tapak) mukmin yg kukuh yg di atasnya nanti akan kita bangunkan daulah Islamiah. Dasar itu kemudiannya akan menjelma di dalam diri individu-individu muslim � para pendukung aqidah, keluarga Islam yg menjelmakan dan menterjemahkan Islam di dalam rumahtangganya dan beriltizam dengan segala ajarannya dan pendapat umum Islam yg sedar, atau masyarakat Islam. 
 
Inilah tiga lapangan: iaitu individu, rumahtangga dan masyarakat, itulah bidang amal yg sangat penting diusahakan sekarang. Inilah asas yg kuat utk pembangunan Islam yg agung. Syiar kita, cogan kata pada peringkat ini ialah 'Perbaiki Dirimu Dahulu dan Kemudian Serulah Orang Lain.'

Ini adalah dua tuntutan yg pokok dan penting di dalam lapan perkataan sahaja tetapi kesimpulan amal dan asasnya, pencapaian pugak (vertical):perbaiki dirimu dan pencapaian ufuk (horizontal): seru org lain. Kerana sesungguhnya itu telah menjadi sunnah Allah, tidak akan berubah di dalam makhlukNya:
"Sesungguhnya Allah tidak akan merubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka merubah keadaan yg ada pada diri mereka sendiri." (Ar-Rad:11)
 
Itulah realiti yg telah rosak, kecelakaan dan kesempitan, kemusnahan dan kebinasaan yg dihayati manusia zaman ini, tidak akan berubah kecuali apabila kita merubah apa yg ada pada diri kita dan iltizam dengan jalan Allah.
 
2. Banyak Dan Sedikit:
 
Sesungguhnya bilangan Muslim hari ini sungguh ramai sekali, akan tetapi kekurangan mutu, kita kekurangan pendukung-pendukung aqidah yg mempunyai peribadi Mukmin yang kuat yang berpengaruh yg mampu merubah realiti yg rosak dan merosakkan, yg mampu merubah kenyataan yg buruk, yg mampu membangunkan umat Islamiah yg baik.

Kita teringat kata-kata hikmah dari al Imam Hassan al-Hudaibi: 
Tegakkanlah daulah Islam dalam hati kamu supaya daulah Islam tegak di bumi kamu. Inilah bentuk dan mutu laki-laki aqidah, mutu yg terbentuk di dalam madrasah Rasulullah s.a.w, terbentuk di bawah naungan Al Qur'an dan terus bertambah baik melalui dakwah menyeru manusia kepada agama Allah, mempersaudarakan mereka pada Allah yang terikat dengan ikatan aqidah Islam dan inilah ufuk ikatan.

Akhirnya madrasah Rasulullah s.a.w itu berjaya membentuk peribadi Muslim  di kalangan sahabatnya dengan pertolongan Allah dan penentuanNya dan mereka terus membangunkan daulah Islam, negara Islam yang agung.

Di atas jalan itulah kita mesti berjalan, terdidik dan terbentuk bawah naungan al Qur'an dan sunnah Rasulullah s.a.w dan di atas jalan inilah kita seru manusia kepada jalan Allah, di atasnyalah kita bersaudara dan bersatu.
 
[Utz Mustafa Masyhur]