Apa salah jeneral ini sehingga beliau diturunkan pangkat? Menurut Pakistan Defence Website, beliau telah mengharungi hampir 100 battle and he never fail. Semua tentera dibawah pimpinannya menghormati beliau.

Mari kita teliti, apa komen pemimpin negara tersebut yang bertanggungjawab melucutkan orang kanannya daripada jawatan tertinggi dalam turus angkatan tenteranya. ujarnya

“Tidak! Aku memberhentikan XXXX bukan kerana tidak suka kepadanya. Juga bukan kerana dia tidak jujur. Bahkan aku kagum padanya. Tindakan yang aku ambil hanyalah untuk menunjukkan kepada rakyat bahawa kemenangan kita selama ini hanyalah kerana pertolongan xxxxx. Bukan kerana kehebatan XXXX. Jangan sampai ada tanggapan bahawa kemenangan kita selama ini semata-mata kerana kehebatan XXX bin XXXX sahaja…”

Uniknya peristiwa pemecatan Panglima Perang ini merupakan tindakan pertama yang diambil oleh pemimpin negara tersebut setelah beliau menjawat jawatan sebagai pemimpin negara. Pemimpin tersebut merupakan sepupu kepada panglima ini dan mereka berdua saling kenal mengenali, caya merpercayai dan sokong menyokong.

Malah, perkara yang lebih unik berlaku apabila setelah surat pemecatan jawatan sebagai ketua turus angktan tentera sampai ditangan jeneral tersebut, dengan hati yang tenang beliau mengishtiharkan kepada semua bala tenteranya.

sememangnya ramai yang tidak bersetuju dan memarahi pemimpin negara tersebut. namun apa komen jeneral tersebut? Ujarnya
"Apakah ada beza aku seorang jeneral dengan aku seorang tentera biasa? Bukankah pedang aku ini masih boleh membunuh musuh kuffar?".

Sedikit pon rasa memberontak tidak wujud di dalam jiwa jeneral ini. beliau tetap terus menyerahkan jiwa dan raga memerangi musuhnya.

Apakah punca di sebalik peristiwa pemecatan ini? siapakah jeneral dan pemimpin negara tersebut?

ikuti post yang seterusnya..